AHLAN WA SAHLAN..

ampuni kami

Thursday, April 9, 2009

**Maa' Taufik WanNajah**

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Maju Jaya diucapkan buat Ustazah Anita Sujak yang telah menghadapi temuduga pengesahan jawatan pada 09 April 2009 - hari ni.. maaf lambat wish..
Semoga lulus dengan cemerlang....

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"



**Tahniah**

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada 3 orang ustazah j-QAF Ustazah Aifaa, Ustazah Khadijah & Ustazah Norzaitonai yang telah lulus dalam temuduga pengesahan jawatan..

Semoga terus gigih dalam menunaikan amanah & mendidik anak-anak didik SK Ladang..


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"




**الفاتحه**

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الفاتحه dihadiahkan kepada Allahyarham Ahmad Zuhaili b Muhammad Shafie yang telah kembali ke rahmatullah pada 04 April 2009 ( Sabtu ) kerana terlibat dengan satu kemalangan di Paka. Arwah selamat dikebumikan pada jam 6.00 ptg pada hari yang sama...

Sedikit Biodata berkaitan Allahyarham :
Nama : Ahmad Zuhaili bin Muhammad Shafie
Alamat : 88 Rumah Awam Kos Rendah Bukit Kuang,24000 Kemaman, Terengganu
Tenaga Pengajar di : Guru j-QAF BA SK Pengkalan Ranggon
Institut : IPKT , BA1
Bekas penuntut : KUSZA seterusnya ke Egypt
Umur : 28 tahun
Status : Bujang


**Selamat Kembali Mengajar**


السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Agak terlewat penulis meng'post'kan en3 ni... 22 Mac 2009 - ucapan selamat kembali mengajar untuk ustazah Aifaa Normaliza setelah 40 hari cuti bersalin .... semoga sihat wala'fiat & selamat mendidik anan-anak SK Ladang...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"



Saturday, March 7, 2009

:: Kem Bestari Solat 1 Tahun 1 ::

KEM BESTARI SOLAT 1
Hari : Sabtu
Tarikh : 07 Mac 2009
Masa : 8.00pg - 12.30 tghari
Tempat : SK Ladang
Peserta : Tahun 1

Pendaftaran - Riadah - Pembahagian Kumpulan


Tayangan Video Cara Berwudhuk


Masa Yang ditunggu..Allahumma...


Praktikal Wudhuk serta penilaian oleh Fasi

Moga apa yang telah diajarkan mendapat manfaat yang sebaiknya di dunia & akhirat..

Monday, March 2, 2009

:: Model 6 Bulan Khatam Al-Quran ::

"..... Al-Quran kitab suci kalam tuhan...."

Setiap kali masa Pendidikan Islam.. murid2 dibahagikan kpda 2 kumpulan dan dibimbing oleh guru masing2. Murid diarahkan mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum berada dalam halaqah berserta Quran yang telah dibekalkan oleh JPN. P&P dimulakan dgn membaca doa, Rukun Iman & Rukun Islam beserta Al-Fatihah. Murid akan membaca mengikut bacaan guru.


Murid membaca doa sebelum memulakan p&p

:: Pintar Al-Quran Pra Sekolah ::

"....melentur buluh bermula di rebung..."

Dah lebih 2 bulan pintar Al-quran dilaksanakan di peringkat Pra Sekolah..MasyaAllah banyk cabaran & dugaan yg perlu dihadapi coz kanak2 ni majoriti tidak kenal huruf apalagi nak membacanya.Naluri kanak2 masih nak bermain... kami cuba dengan sedaya upayanya untuk men"celik"kan mereka supaya dapat mengenal & membaca secepat mungkin...
buat masa sekarang banyak tumpukan pada murid 6 tahun kerana objektif yayasan nak pastikan mereka dah boleh mengenal & membaca sebelum ke peringkat sekolah rendah..
Kaedah Pintar Al-Quran ni macam biasa 'talaqqi & mushafahah' menggunakan buku i-pintar yang disediakan oleh Yayasan Terengganu...
Moga setiap apa yang kami usahakan dipermudah olehNya...


di bilik j-QAF