AHLAN WA SAHLAN..

ampuni kami

Thursday, April 9, 2009

**Maa' Taufik WanNajah**

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Maju Jaya diucapkan buat Ustazah Anita Sujak yang telah menghadapi temuduga pengesahan jawatan pada 09 April 2009 - hari ni.. maaf lambat wish..
Semoga lulus dengan cemerlang....

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"



**Tahniah**

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada 3 orang ustazah j-QAF Ustazah Aifaa, Ustazah Khadijah & Ustazah Norzaitonai yang telah lulus dalam temuduga pengesahan jawatan..

Semoga terus gigih dalam menunaikan amanah & mendidik anak-anak didik SK Ladang..


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"




**الفاتحه**

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الفاتحه dihadiahkan kepada Allahyarham Ahmad Zuhaili b Muhammad Shafie yang telah kembali ke rahmatullah pada 04 April 2009 ( Sabtu ) kerana terlibat dengan satu kemalangan di Paka. Arwah selamat dikebumikan pada jam 6.00 ptg pada hari yang sama...

Sedikit Biodata berkaitan Allahyarham :
Nama : Ahmad Zuhaili bin Muhammad Shafie
Alamat : 88 Rumah Awam Kos Rendah Bukit Kuang,24000 Kemaman, Terengganu
Tenaga Pengajar di : Guru j-QAF BA SK Pengkalan Ranggon
Institut : IPKT , BA1
Bekas penuntut : KUSZA seterusnya ke Egypt
Umur : 28 tahun
Status : Bujang


**Selamat Kembali Mengajar**


السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Agak terlewat penulis meng'post'kan en3 ni... 22 Mac 2009 - ucapan selamat kembali mengajar untuk ustazah Aifaa Normaliza setelah 40 hari cuti bersalin .... semoga sihat wala'fiat & selamat mendidik anan-anak SK Ladang...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"



Saturday, March 7, 2009

:: Kem Bestari Solat 1 Tahun 1 ::

KEM BESTARI SOLAT 1
Hari : Sabtu
Tarikh : 07 Mac 2009
Masa : 8.00pg - 12.30 tghari
Tempat : SK Ladang
Peserta : Tahun 1

Pendaftaran - Riadah - Pembahagian Kumpulan


Tayangan Video Cara Berwudhuk


Masa Yang ditunggu..Allahumma...


Praktikal Wudhuk serta penilaian oleh Fasi

Moga apa yang telah diajarkan mendapat manfaat yang sebaiknya di dunia & akhirat..

Monday, March 2, 2009

:: Model 6 Bulan Khatam Al-Quran ::

"..... Al-Quran kitab suci kalam tuhan...."

Setiap kali masa Pendidikan Islam.. murid2 dibahagikan kpda 2 kumpulan dan dibimbing oleh guru masing2. Murid diarahkan mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum berada dalam halaqah berserta Quran yang telah dibekalkan oleh JPN. P&P dimulakan dgn membaca doa, Rukun Iman & Rukun Islam beserta Al-Fatihah. Murid akan membaca mengikut bacaan guru.


Murid membaca doa sebelum memulakan p&p

:: Pintar Al-Quran Pra Sekolah ::

"....melentur buluh bermula di rebung..."

Dah lebih 2 bulan pintar Al-quran dilaksanakan di peringkat Pra Sekolah..MasyaAllah banyk cabaran & dugaan yg perlu dihadapi coz kanak2 ni majoriti tidak kenal huruf apalagi nak membacanya.Naluri kanak2 masih nak bermain... kami cuba dengan sedaya upayanya untuk men"celik"kan mereka supaya dapat mengenal & membaca secepat mungkin...
buat masa sekarang banyak tumpukan pada murid 6 tahun kerana objektif yayasan nak pastikan mereka dah boleh mengenal & membaca sebelum ke peringkat sekolah rendah..
Kaedah Pintar Al-Quran ni macam biasa 'talaqqi & mushafahah' menggunakan buku i-pintar yang disediakan oleh Yayasan Terengganu...
Moga setiap apa yang kami usahakan dipermudah olehNya...


di bilik j-QAF

Friday, February 27, 2009

Tahniah Buat Ustaz Wan Zulkifli Wan Ahmad

Assalamualaikum...

Penulis memohon maaf atas keterlewatan meng"post"kan entri istimewa ini...
Kami Jawatankuasa Panitia Agama SKL mengucapkan TAHNIAH buat Ustaz Wan Zulkifli Wan Ahmad yang telah bertukar status & kerjaya sebagai Pendidik kepada Pegawai PPD pada awal Januari 2009....
Selamat menjalankan tugas dengan amanah, tekun dan berdedikasi..

"JASAMU SENTIASA KAMI KENANG"

Friday, January 23, 2009

Tahniah Buat Ustazah Aifaa Normaliza Ismail..!!!

Assalamualaikum buat semua....
Kami Warga SKL mengucapkan Tahniah buat Pn. Aifaa Normaliza & Suami Aizat Haris atas kelahiran putera sulung Aqil Hasif bin Aizat Haris.
pada 19 Januari 2009, jam 3.55 petang, Hospital Sultanah Zahirah, 2.8 kg, Normal.
Semoga kelahirannya memberi 1001 erti buat hidup kalian..



Tuesday, January 20, 2009

Majlis Memperkasakan Kecemerlangan Pendidikan...

MAJLIS MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TERENGGANU PEMUAFAKATAN BERSAMA PEMIMPIN

TARIKH : 12 jANUARI 2009
MASA : 3.00-5.00 PTG
TEMPAT : KEDIAMAN MENTERI BESAR,
SERI IMAN, KUALA TERENGGANU
PENDAFTARAN : 2.30 PTG

Multaqa Guru2 Pendidikan Islam, K.Trg


MAJLIS MULTAQA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KUALA TERENGGANU

TARIKH : 10 JANUARI 2009
MASA : 8.30 PG - 12.00 TGHARI
TEMPAT : DEWAN BESAR , SMKA SHEIKH ABDUL MALIK, K. TRG



Sunday, January 18, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah!!

Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru, cikgu cikgi, ustaz ustazah dan anak2 didik tersayang. Perkarangan sekolah pada hari pertama ni dipenuhi dengan ibu bapa yg menemani anak2 mereka utk menimba ilmu .. berbagai gelagat & aksi yg dapat dilihat. ada yg menangis, ada juga yg masam mencuka & tak kurang juga yg bijak berdikari happy bersama kawan2 baru.Perhimpunan sekolah hari ni terpaksa diadakan di dewan SKL coz hujan renyai2. Utk pengetahuan, perhimpunan pada tahun2 lepas dipengerusikan oleh 2 org pengawas SKL iaitu menggunakan 2 bahasa BM & BI . Tetapi tahun 2009 dengan azam yang baru..buat pertama kalinya SKL wujudkan 3 pengerusi majlis iaitu dalam 3 bahasa : BM, BI & BA. Walaupun masih tergagap2 tp suaranya sgt cute..Syabas buat adik Aisyah Maliki, Sanah Salisah yg mempengerusikan fil LughatulJannah!!!

Pintar Al-Quran... itulah program baru yang wujud pada tahun 2009 ni.. Pintar Al-Quran ni dilaksanakan utk kelas Pra Sekolah dan diajar oleh guru2 j-QAF. Objektif yg sama utk membuka hati anak2 didik mengenali Al-Quran di peringkat mereka masih kanak2. Jadualnya di awal pagi sekitar 7.45-8.45 pg. Utk hari pertama ni, belum diajar sekadar mengenali murid. Lagipun proses pendaftaran belum selesai, masih ada 2 3 org pelajar yg belum mendaftarkan diri. Sessi pembelajaran berakhir seperti biasa 1.15 ptg.

Selamat Datang 1430H...2009M.....

Salam Maal Hijrah 1430H & Tahun Baru 2009M dari kami warga pendidik SK Ladang...
Semoga tahun 1430H & 2009H akan lebih mendekatkan diri kita padaNya...
dan semoga amalan2 kita yang lalu diterima olehNya..
Mari lah sama2 kita mempertingkatkan amalan kita kpd yang Maha Esa..
Dia yang menjadikan kita.. kpdaNya jua kita WAJIB Taat, Patuh dan Menyembah..
tiada Tuhan selain Dia..
Allahuakbar...

:: Selamat Datang Ke Laman Panitia AI & j-QAF SKL ::

Guru-guru Panitia AI SKL 2009 :-
Ustaz Wan Zulkifli Wan Ahmad
Ustazah Anita Sujak
Ustazah Norliza Musa
Ustazah Sh. Noorhayati Syed Abdullah

2007 bermulanya program j-QAF di SKL

bermula dengan 3 org enaga pengajar j-QAF
2 kelas Tahun 1 Intan & 1 Berlian

2007

Cik Aifaa Normaliza bt Ismail (PAI)
Cik Nur Hasanah bt Zaki (PAI)
Pn. Khadijah bt Mohd Kasim (BA)

2008
Pn. Aifaa Normaliza bt Ismail (PAI)
Pn. Norzaitonai bt Razali (PAI)
Pn. Khadijah bt Mohd Kasim (BA)
* Pn. Nur Hasanah telah perpindah ke SK Sri Iman, Kemaman

2009
Pn. Aifaa Normaliza bt Ismail (PAI)
Pn. Norzaitonai bt Razali (PAI)
Pn. Khadijah bt Mohd Kasim (BA)
InsyaAllah akan bertambah seorang lg tenaga pengajar BA